arena

Ahmad Muaz cipta kejutan

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad

BIARPUN tidak diletakkan harapan tinggi, atlet boling elit negara, Ahmad Muaz Fishol mencipta kejutan muncul juara baru Step-ladder lelaki di Kejohanan Boling Terbuka Antarabangsa Malaysia ke-40 berlangsung di Sunway Megalanes hari ini.

Dia menewaskan bintang Australia, Sam Cooley dalam final kategori dengan skor 233-214 dan 219-193.

Beraksi di gelanggang sendiri, Ahmad Muaz dilihat tenang menyerap tekanan ketika lawan mendahului dengan jatuhan pin, 233 berbalas 214 di game pertama.

Sorakan padu penyokong Malaysia turut memberi semangat kepada Ahmad Muaz yang sebelum itu mendahului pusingan kedua dengan jumlah jatuhan pin, 1854, diikuti Sean Rash (1815) dan Sam Cooley (1786).

Kemenangan Ahmad Muaz sekali gus menyelamatkan maruah tuan rumah ketika harapan tinggi disandarkan kepada beberapa atlet elit boling termasuk Timmy Tan Chye Chem, Syafiq Ridhwan Abdul Malek, Andrian Ang dan juara bertahan Muhammad Rafiq Ismail.

Sementara itu, atlet Singapura, Charlene Lim membuktikan kejaguhannya apabila menewaskan pemain Korea Selatan, Sung Gyong Eun untuk menjuarai kategori Step-ladder wanita.

Manakala wakil negara yang juga juara bertahan, Sin Li Jane menduduki tempat ketiga.

Charlene mengumpul 191 jatuhan pin berbanding Gyong Eun, 166.

Disiarkan pada: May 4, 2019 @ 7:08pm
d