global

Gempa 6.3 magnitud landa selatan Jepun

Oleh Reuters

TOKYO: Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan pesisir selatan Jepun hari ini namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Tiada kemalangan jiwa, kecederaan dan kerosakan harta benda dilaporkan, kata Agensi Kaji Cuaca Jepun.

Gegaran berlaku kira-kira 8.48 pagi (waktu tempatan) dengan pusat gempa dikesan di pesisir pantai Miyazaki pada ke dalaman 20 kilometer, kata agensi berkenaan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) pula mencatatkan kekuatan gegaran pada 6.4 magnitud.

Disiarkan pada: May 10, 2019 @ 10:25am
d