mutakhir

Mat Bangla layan `ice'

Oleh Hadzlihady Hassan

TIGA lelaki warga Bangladesh ditahan selepas polis menemui syabu dalam serbuan di rumah mereka di Kampung Dock, Bukit Tengah dekat Bukit Mertajam, semalam.

Ketika serbuan 11.30 malam itu, kesemua mereka yang bekerja sebagai buruh berusia 32 hingga 38 tahun itu berada di ruang tamu rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, serbuan dilakukan seorang pegawai dan lapan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah.

“Ketika serbuan, semua suspek berada di ruang tamu dan pemeriksaan awal tidak menemui barang salah pada badan mereka.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut dalam bilik menemui beg pinggang hitam mengandungi dua plastik berisi syabu,” katanya.

Nik Ros Azhan berkata, kesemua suspek kemudiannya ditahan dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah SPT untuk tindakan lanjut.

“Pemeriksaan mendapati seorang daripada suspek memiliki satu rekod lampau bersabit kesalahan kes dadah.

“Semua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Disiarkan pada: May 12, 2019 @ 4:38pm
d