global

Dua maut, lebih 30 cedera dalam gempa bumi

Oleh AFP

LIMA: Dua maut manakala lebih 30 orang dilaporkan cedera selepas dikejutkan dengan gegaran gempa bumi berukuran lapan magnitud di beberapa bahagian di Peru dan Ecuador, Ahad lalu.

AFP melaporkan, gempa yang berlaku kira-kira jam 2.41 pagi itu membabitkan mangsa berusia 15 dan 47 tahun yang maut ditimpa runtuhan di rumah.

Bagaimanapun, pihak berkuasa masih menerima laporan dari kawasan terjejas akibat gempa yang turut menggegarkan ibu kota, Lima dan beberapa bandar lain menyebabkan penduduk keluar ke jalan raya menyelamatkan diri.

“Kita menerima laporan berlaku dua kematian akibat gempa. Mangsa kedua ialah remaja berusia 15 tahun yang ditimpa runtuhan di kepala di rumahnya,” kata Koordinator Pertahanan Awam, Ricardo Seijas kepada stesen televisyen Chanel N.

Presiden Peru, Martin Vizcarra berkata, gempa itu adalah paling kuat yang melanda negara berkenaan dalam tempoh 12 tahun menyebabkan kemusnahan jalan raya, jambatan serta kediaman.

Disiarkan pada: May 28, 2019 @ 11:20am
d