mutakhir

Lima rumah, lapan kenderaan musnah terbakar [METROTV]

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

LIMA rumah setinggan di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, Kuala Lumpur musnah dalam kebakaran hari ini.

Dalam kejadian 7 malam itu, sebuah kereta, sebuah van dan enam motosikal turut musnah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 7.41 malam.

“Sepasukan bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, BBP Hang Tuah, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Keramat dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, kami dapati kebakaran itu membabitkan lima rumah setinggan, sebuah kereta, sebuah van dan enam motosikal,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu.

“Kebakaran itu menyebabkan lima rumah serta kenderaan terbabit musnah.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya yang memaklumkan operasi pemadaman giat dilakukan.

Disiarkan pada: June 5, 2019 @ 9:55pm
d