POLIS menahan Haziq Abdullah Abdul Aziz, yang mengaku sebagai lelaki dalam video seks membabitkan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang petang hari ini ketika dipercayai hendak menuju ke satu destinasi yang masih belum diketahui, sama ada dalam atau luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, dia ditahan oleh pasukan siasatan khas Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, bagi membantu siasatan.
“Setakat ini saya mengesahkan penahanan Haziq namun butiran lanjut mengenai penahanannya sedang dikemaskinikan dan akan dimaklumkan dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Haziq menjadi tumpuan selepas membuat pengakuan bersumpah mendakwa dirinya individu dalam klip video lucah yang dikaitkan dengan Mohamed Azmin.
Sebelum ini, Haziq juga sudah digantung tugas sebagai setiausaha sulit kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Shamsul Iskandar Md Akin.
Berita berkaitan: