global

Remaja jadi wira

Oleh Agensi

ISTANBUL: Seorang remaja dianggap wira apabila videonya menyambut kanak-kanak yang terjatuh dari tingkat dua pangsapuri di Istanbul, Turki menjadi tular di media sosial.

Kejadian berlaku pada minggu lalu ketika remaja terbabit, Fawzi Zabaat, 17, yang berjalan di kawasan itu ternampak kanak-kanak perempuan berusia dua tahun sedang bermain di tingkap rumah, lapor AFP.

Rakaman menunjukkan dia cuba memberitahu orang ramai mengenai kejadian itu sebelum bersedia untuk menyambut kanak-kanak terbabit.

Daily Mail melaporkan, saat dramatik itu dirakam oleh kamera keselamatan di sebuah kedai terletak bersebelahan bangunan pangsapuri berkenaan.

Kanak-kanak yang berasal dari Syria itu, Doha, berjaya diselamatkan dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Disiarkan pada: June 27, 2019 @ 9:52pm
d