mutakhir

Misteri pesawat glider terhempas

Oleh Abnor Hamizam Abd Manap

PESAWAT ‘glider’ atau pesawat layang ditemui terhempas di kawasan Purun, berhampiran Titi di Jelebu, 3.30 petang hari ini.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, siasatan di lokasi kejadian menemui bangkai pesawat di kawasan itu.

“Tiada mangsa yang ditemui, bagaimanapun berdasarkan maklumat awam, ada dua mangsa cedera dalam kejadian itu.

“Semakan di Hospital Jelebu mendapati tiada mangsa tampil mendapatkan rawatan berkaitan kejadian dan usaha mengesan mereka sedang diteruskan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamarul Rizal berkata, pihaknya sudah memaklumkan kejadian kepada pihak bahagian siasatan kemalangan udara, Kementerian Pengangkutan untuk tindakan lanjut.

Difahamkan, dua mangsa itu juga tiada di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Disiarkan pada: June 29, 2019 @ 10:23pm
d