global

Katy Perry tiru lagu

Oleh AFP

LOS ANGELES: Juri mahkamah di Los Angeles memutuskan bahawa penyanyi, Katy Perry meniru rentak lagu popular nyanyiannya pada 2013 bertajuk ‘Dark Horse’ daripada sebuah lagu rap.

AFP melaporkan, penyanyi itu didapati melanggar hak cipta lagu rap terbabit, ‘Joyful Noise’ atau ‘Flame’ oleh Marcus Gray.

Perry yang tampil sebagai saksi dalam perbicaraan selama seminggu itu memberitahu juri bahawa lagu terbabit adalah ciptaan asal dan dia tidak pernah mendengar lagu rap berkenaan.

Mahkamah hari ini akan memutuskan jumlah ganti rugi yang akan dibayar kepada Gray.

Perry menyanyikan lagu itu pada acara Super Bowl 2015 manakala ‘Joyful Noise’ ditonton lebih 3 juta kali di YouTube.

Disiarkan pada: July 30, 2019 @ 11:22am
d