arena

Malaysian Tigers tewas tipis di Sepanyol

Oleh Saiful Affendy Sapran

SKUAD hoki lelaki negara tewas tipis 0-1 kepada Sepanyol pada aksi kedua siri jelajah Eropah di Terressa, Sepanyol, awal pagi tadi.

Gol tunggal Pau Quemada minit ke-30 menjadi pemisah sekali gus cukup untuk meletakkan Sepanyol meraih kemenangan.

Pada perlawanan itu, penjaga gol negara, Adrian Andy Albert meraih penampilan pertama selepas diberi peluang untuk turun beraksi.

Manakala Muhammad Marhan Mohd Jalil meraih penampilan ke-250 bersama skuad kebangsaan.

Minggu lalu skuad bimbingan Roelant Oltmans mengejutkan Jerman 4-2 pada perlawanan pertama siri jelajah Eropah.

Disiarkan pada: July 31, 2019 @ 10:59am
d