mutakhir

Markas 2 Briged Infantri rasmi tukar formasi kepada 4 Divisyen

Oleh Farah Suhaidah Othman

MARKAS 2 Briged Infantri secara rasminya bertukar formasi dari 2 Divisyen kepada 4 Divisyen berkuat kuasa semalam bagi mengimbangi penstrukturan semula kekuatan semua divisyen di bawah pemerintahan Medan Barat Tentera Darat Malaysia (TDM).

Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Mohd Nazir Mami berkata, keputusan penstrukturan itu dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Panglima Tentera Darat Siri 1/2019 yang dijalankan pada 7 Mei lalu.

Menurutnya, pada mesyuarat berkenaan pihaknya bersetuju pemerintahan 2 Briged dipindahkan ke markas 4 Divisyen di Kem Wardieburn Setapak, Kuala Lumpur yang turut bertanggungjawab terhadap pemerintahan pusat meliputi Selangor dan Wilayah Persekutuan.

“Sebagai divisyen yang bertanggungjawab kepada Seat of government, kita melihat apa yang 4 Divisyen miliki iaitu 11 Briged dan 12 Briged tidak berupaya untuk memastikan keselamatan dijaga dengan baik,” katanya.

Disiarkan pada: August 2, 2019 @ 5:30am
d