SKUAD hoki lelaki negara tiada jawapan ketika bertemu Belgium apabila tewas 1-5 di tangan pemenang Piala Dunia 2018 itu pada perlawanan ujian siri jelajah Eropah awal pagi ini di Antwerp.
Belgium mendahului 3-0 selepas berakhir separuh masa pertama menerusi gol padang sumbangan Cedric Charlier, Nicolas de Kerpel dan Tom Boon masing-masing minit ke-7, 8 dan 24.
Bermula babak kedua, skuad bimbingan Roelant Oltmans cuba bangkit menerusi jaringan padang penyerang negara, Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil minit ke-34.
Namun Belgium menafikan kebangkitan Malaysian Tigers apabila Florent van Aubel dan Victor Wegnez menambah dua gol minit ke-51 dan 57.
Skuad negara akan melengkapkan siri jelajah Eropah dengan bertemu Belgium sekali lagi Isnin ini.