global

Ketua organisasi dadah Kenya dihukum

Oleh Reuters

NEW YORK: Ketua pengedar dadah Kenya, Baktash Akasha, 42, dijatuhi hukuman penjara 25 tahun selepas mengaku bersalah tahun lalu kerana melakukan konspirasi untuk mengimport heroin dan dadah sintetik, methamphetamine serta melakukan jenayah lain.

Hukuman penjara itu dibacakan oleh Hakim Daerah Amerika Syarikat, Victor Marrero di Manhattan.

Pendakwa raya menggambarkan Akasha sebagai pemimpin jenayah keluarga dikenali sebagai organisasi Akasha, melakukan operasi penyeludupan utama yang mengaitkannya dengan padang popi di Afghanistan ke serata Eropah dan AS.

Dalam pengakuan bersalahnya, Akasha turut mengaku merasuah pegawai penguatkuasa di Kenya.

Sementara abangnya, Ibrahim Akasha, juga mengaku bersalah dalam kes itu.

Menurut pihak berkuasa, Baktash Akasha menguasai organisasi berkenaan selepas bapanya, Ibrahim Akasha, terbunuh dalam insiden tembakan.

Disiarkan pada: August 17, 2019 @ 11:08am
d