global

29 perusuh ditahan polis di Hong Kong

Oleh Reuters

HONG KONG: Polis Hong Kong hari ini menahan 29 perusuh selepas pertempuran yang memaksa polis menggunakan gas pemedih mata untuk menyuraikan penunjuk perasaan anti G7.

Polis dalam satu kenyataan berkata, mereka mengutuk penunjuk perasaan kerana melanggar keamanan awam semalam, menyebabkan 19 lelaki dan 10 wanita ditahan.

Mereka yang ditangkap termasuk penganjur perarakan semalam, Ventus Lau, lapor penyiar awam RTHK.

Aktivis semalam melemparkan bom petrol dan bata di kawasan perindustrian Kwun Tong, kawasan padat penduduk China di timur semenanjung Kowloon malah empat stesen kereta api bawah tanah MTR terpaksa ditutup akibat protes.

Gas pemedih mata pertama kali digunakan selepas lebih seminggu siri demonstrasi berlarutan di bekas tanah jajahan British itu.

Disiarkan pada: August 25, 2019 @ 2:03pm
d