global

Pembantah Hong Kong minta tolong Trump

Oleh Reuters

HONG KONG: Ratusan pembantah berarak ke Konsulat Amerika Syarikat hari ini, meminta Presiden Donald Trump membebaskan Hong Kong dari pemerintahan China.

Polis memerhati pembantah yang mengibarkan bendera Amerika Syarikat dan membawa pelekat mengandungi mesej meminta bantuan dan menuntut demokrasi.

Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Mark Esper semalam menggesa kerajaan China untuk mengawal keadaan di Hong Kong.

Esper mengeluarkan kenyataan itu di Paris, ketika polis Hong Kong menghalang pembantah dari menyekat akses ke lapangan terbang dan menembak gas pemedih mata di daerah Mong Kok.

Baru-baru ini, pemimpin Hong Kong, Carrie Lam mengumumkan secara rasminya memansuhkan ang undang-undang ekstradisi yang menjadi punca kepada rusuhan sejak Jun lalu.

Bagaimanapun, ramai pembantah menganggap tindakan Lam sudah terlalu lambat.

Disiarkan pada: September 8, 2019 @ 3:16pm
d