mutakhir

Deretan 4 rumah musnah terbakar

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

EMPAT rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Segambut Tengah, Segambut, malam tadi.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, Armdan Mahat berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 jam 10:55 malam.

Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas dibantu BBP Hang Tuah,BBP Jinjang dan BBP Sentul segera dikerah ke lokasi kejadian.

“Seramai 46 anggota bomba dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Bintang dan PBS Sentul berusaha memadam kebakaran.

“Kebakaran membabitkan empat rumah jenis separuh kekal,” katanya.

Armdan berkata, kebakaran berjaya dikawal jam 11.37 malam.

“Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Disiarkan pada: September 29, 2019 @ 1:47am
d