global

Tusuk hidung tembus kepala

Oleh Agensi

BEIJING: Seorang pekerja binaan terselamat selepas besi lebih 20 sentimeter tertusuk melalui lubang hidung hingga menembusi kepalanya ketika terjatuh di tempat kerja di bandar Lingyuan, China.

Daily Star melaporkan, mangsa, Li Xuedong, 45, terjatuh dari ketinggian lebih empat meter sebelum tertusuk besi berkenaan namun masih sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Tentera Shenyang.

Menurut doktor, imbasan sinar-X mendapati sebahagian daripada besi terbabit berada di dalam mukanya manakala selebihnya tertusuk di bahagian kepala.

“Pesakit ini berada dalam keadaan stabil tetapi kami tidak dapat melakukan pemeriksaan lebih teliti untuk mengetahui keadaan sebenar di bahagian kepala dan otaknya.

“Namun, imbasan yang dilakukan pada otak mendapati tidak ada pendarahan teruk dan ini perkara yang baik,” kata doktor.

Doktor kemudiannya berjaya mengeluarkan besi terbabit menerusi satu pembedahan yang mengambil masa beberapa jam.

Disiarkan pada: October 2, 2019 @ 1:37pm
d