MAYAT lelaki dipercayai mangsa bunuh ditemui di kawasan pam air di Tasik Paya Bungor, Gambang dekat Kuantan, hari ini.
Mangsa yang masih belum dikenal pasti identitinya ditemui kira-kira 10 pagi, oleh orang awam.
Difahamkan, mayat ditemui dalam keadaan tangan dan kakinya terikat.
Sumber polis memaklumkan, mangsa dipercayai mati sejak beberapa hari lalu.
Berita lanjut menyusul
Disiarkan pada: October 20, 2019 @ 2:23pm