arena

Penyokong United maki Oxlade

Oleh Agensi

BINTANG Liverpool Alex Oxlade-Chamberlain kelihatan seperti terbabit dalam perang mulut dengan penyokong Manchester United selepas perlawanan berakhir di Old Trafford, semalam.

Pemain tengah itu jelas sekali menerima jeritan ‘boleh blah’ ketika bercakap manakala seorang lagi penyokong United menolak ketika dia cuba melakukan ‘fist bump’.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan mengapa pemain 26 tahun itu pergi ke arah penyokong tuan rumah sebaik perlawanan berakhir dengan keputusan 1-1.

Segelintir peminat di media sosial mendakwa Ox menerima cacian daripada bahagian penyokong terbabit ketika memanaskan badan.

Sebaik 90 minit berakhir dia datang ke tempat penyokong United sambil tersenyum dan mahu berjabat tangan.

Apa yang pasti tindakannya itu ditolak oleh penyokong lawan selepas skuad mereka mensia-siakan peluang ketika mendahului Liverpool.

Ox, yang masih tersenyum kemudian beredar dan seperti bingung sambil mengangkat bahunya.

Pemain tengah itu masuk ketika Liverpool cuba mendapatkan gol penyamaan selepas jaringan kontroversi Marcus Rashford memberi kelebihan kepada Manchester United.

Divock Origi kelihatan seperti dikasari sebelum jaringan United itu biarpun VAR kekal dengan keputusan pengadil, Martin Atkinson.

Disiarkan pada: October 21, 2019 @ 5:14pm
d