arena

Peluang JDT, Kedah sama rata: TMJ [METROTV]

Oleh Firdaus Hashim

MESKIPUN memiliki kekuatan di segenap posisi dengan dibarisi limpahan pemain berbakat, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim melihat peluang kelabnya pada final Piala Malaysia menentang Kedah seimbang.

Menurut Tunku Ismail, aksi final di Stadium Nasional, Bukit Jalil Sabtu ini agak sukar diramal dengan masing-masing mampu melakukan kejutan pada pertembungan kemuncak itu.

Katanya, peluang skuad Harimau Selatan dengan skuad Helang Merah adalah 50-50.

“Ini final... apa-apa boleh berlaku 50-50. Saya ucapkan selamat maju jaya buat dua-dua pasukan nanti,” katanya ketika ditemui pada sesi lawatan di ibu pejabat Konfederasi Bolasepak Asia di Bukit Jalil, hari ini.

Final edisi ke-93 itu pastinya menarik kerana kedua-dua pasukan sudah mengecap nikmat kejuaraan musim ini selepas Kedah muncul juara Piala FA Julai lalu manakala JDT mengekalkan status selaku gergasi bola sepak tempatan dengan muncul juara Liga Super buat kali keenam berturut-turut.

Disiarkan pada: October 30, 2019 @ 6:51pm
d