global

41 bersembunyi dalam trak sejuk beku

Oleh Reuters

ATHENS: Polis Greece menemui 41 pendatang bersembunyi di dalam sebuah trak sejuk beku di lebuh raya di utara Greece, hari ini, kata pegawai polis.

Menurut pihak berkuasa, pendatang berkenaan sebahagian besar warga Afghanistan, tidak cedera malah sistem penyejuk tidak dihidupkan.

Polis menahan trak itu berhenti di lebuh raya berhampiran bandar utara Xanthi untuk pemeriksaan rutin.

Pemandu trak ditahan manakala pendatang dibawa ke balai polis berdekatan untuk siasatan.

Disiarkan pada: November 4, 2019 @ 9:05pm
d