mutakhir

IPD Dang Wangi kunjungi HM

Oleh Nurul Hidayah Bahaudin

IBU Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi mengatasi Harian Metro 3-2 dalam perlawanan badminton persahabatan di Balai Berita di Kuala Lumpur malam ini.

Pasukan IPD Dang Wangi diketuai Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Superintendan Rudy Abdullah.

Terdahulu, rombongan membabitkan 30 anggota dan pegawai itu turut melawat pejabat Harian Metro dan diberi penerangan mengenai operasi akhbar ini oleh Pengarang Kumpulan Harian Metro, Tuan Mohd Asri Tuan Hussein.

Disiarkan pada: November 5, 2019 @ 10:16pm
d