global

Tutup semua sekolah esok

Oleh Reuters

HONG KONG: Pihak berkuasa mengarahkan semua sekolah di Hong Kong ditutup esok atas faktor keselamatan dan masalah pengangkutan.

Biro Pendidikan Hong Kong membuat pengumuman itu menerusi satu kenyataan yang turut mendesak penunjuk perasaan supaya berhenti mengganas.

Penunjuk perasaan antikerajaan melumpuhkan beberapa kawasan di bandar raya itu pada bantahan hari ketiga.

Perkhidmatan pengangkutan, sekolah dan banyak premis perniagaan terpaksa tutup berikutan keganasan berterusan.

Disiarkan pada: November 13, 2019 @ 4:02pm
d