global

Maut dihempap penyaman udara

Oleh Agensi

TORONTO: Seorang kanak-kanak dua tahun maut selepas dihempap alat penyaman udara yang jatuh dari tingkat lapan sebuah pangsapuri di Toronto, Kanada kelmarin.

News.com.au melaporkan, kejadian berlaku ketika dia ditolak dalam kereta sorong bayi oleh ibu selain ditemani oleh dua adik beradik yang lain berusia lima dan tujuh tahun.

Polis tiba di tempat kejadian di Lawrence Ave East, Scarborough kira-kira jam 3.30 petang selepas menerima panggilan dan siasatan mendapati alat terbabit jatuh ke atas mangsa.

Mangsa terus dikejarkan ke hospital untuk rawatan namun disahkan meninggal tidak lama kemudian.

Disiarkan pada: November 14, 2019 @ 1:31am
d