global

Maut selepas tembak orang

Oleh Agensi

MIAMI: Beberapa orang dilaporkan cedera dalam kejadian tembakan di Stesen Angkatan Laut Pensacola, Florida hari ini, sebelum penyerang ditembak mati polis.

Jurucakap polis memberitahu Pensacola News Journal penyerang ditembak kira-kira jam 8 pagi waktu tempatan di stesen berkenaan.

Pihak Hospital Baptist yang terletak berhampiran lokasi kejadian mengesahkan menerima lima mangsa yang cedera dalam serangan itu.

Disiarkan pada: December 6, 2019 @ 10:53pm
d