mutakhir

Banjir: Mangsa di Kelantan terus menurun

Oleh Muhamaad Razis Ismail

JUMLAH mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 807 mangsa, berbanding 1,733 semalam.

Sehingga jam 9 pagi ini, semua mangsa banjir ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dan Tumpat.

Berdasarkan info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa tertinggi direkodkan di Tumpat iaitu 291 orang membabitkan 114 keluarga.

Mereka ditempatkan di enam PPS termasuk Sekolah Kebangsaan (SK) Bunohan, SK Pengkalan Kubor 1 dan SK Seri Tumpat 2.

Di Pasir Mas, mangsa banjir turun kepada 150 orang, berbanding 168 semalam.

Kini, hanya tiga PPS masih beroperasi iaitu di SK Bakong, SK Tok Deh dan Sekolah Menengah Agama Pohon Buluh.

Disiarkan pada: December 8, 2019 @ 9:48am
d