mutakhir

Ketua Polis Kedah cedera kemalangan

Oleh Zuliaty Zulkiffli

KETUA Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob cedera selepas motosikal ditunggang berlanggar dengan kereta di simpang empat Pokok Pauh, Pokok Sena, Alor Setar, hari ini.

Kejadian berlaku pada 11.30 pagi ketika beliau menunggang motosikal jenis Honda RS 150 dan dalam perjalanan untuk menyertai Konvoi Kapchai Ambang 2020.

Zainuddin kemudian dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, kaki kanan beliau berkemungkinan patah.

Maklumat lanjut menyusul kemudian.

Disiarkan pada: December 31, 2019 @ 1:14pm
d