utama

Penuntut Malaysia cedera dirompak di Afrika Selatan

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

KEMENTERIAN Luar Negeri mengesahkan tiga penuntut Malaysia cedera dalam insiden rompakan di Newcastle, Durban, Afrika Selatan semalam.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan berkata, seorang daripada mangsa ditembak di kaki, manakala dua yang lain ditikam dalam insiden berkenaan.

“Mereka dikejarkan ke hospital tempatan untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Pretoria sedang memantau keadaan terkini semua mangsa dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya,” katanya.

Disiarkan pada: January 4, 2020 @ 9:59pm
d