global

Enam kes baharu di Singapura

Oleh Reuters

SINGAPURA: Singapura melaporkan enam lagi kes koronavirus baharu termasuk empat jangkitan tempatan, menjadikan jumlah mangsa kepada 24 orang.

Menteri Kesihatannya dalam kenyataan berkata, walaupun empat kes disahkan sebagai jangkitan tempatan, namun belum ada bukti ia tersebar dalam komuniti di Singapura.

Empat kes berkenaan membabitkan mereka bekerja di kedai menjual produk kesihatan yang biasa dikunjungi pelancong China.

Manakala, dua kes adalah warga Singapura yang dibawa pulang dari Wuhan.

Sebelum ini, republik berkenaan melaporkan 18 kes dengan kesemuanya mempunyai sejarah perjalanan ke Wuhan.

  • Lagi berita berkaitan Koronavirus
  • Disiarkan pada: February 4, 2020 @ 7:06pm
    d