mutakhir

Siti Sarah 'belanja' minuman petugas media [METROTV]

Oleh Murnaena Muhammad Nasir

BAGI menghargai jasa dan pengorbanan petugas media, penyanyi, Siti Sarah Raisuddin tampil menghulurkan sumbangan minuman kepada kumpulan media yang membuat liputan di Istana Negara, di Kuala Lumpur, hari ini.

Penyanyi popular itu berkata, beliau terpanggil untuk memberikan minuman keluarannya, Bubble Bee selepas melihat petugas media membuat liputan dalam keadaan cuaca panas.

“Sarah cuba membayangkan sebelum ini, tetapi hari ini Sarah sendiri turun dan melihat (suasana di lokasi) serta merasai tugas media.

“Sukar untuk Sarah bayangkan, kerja ini (media) bukan mudah dan ini hanya sumbangan kecil buat petugas media,” katanya ketika ditemui selepas memberikan minuman kepada kumpulan petugas media di pekarangan Istana Negara, hari ini.

Selain itu, pelbagai pihak turut tampil memberikan sumbangan antaranya Sunway Lagoon, Enchanteur Paris, Hurix, NZ Curry House, Asam King dan Chim Doo Ready Meal.

Selain makanan dan minuman, barangan seperti payung, tisu, topi, minyak wangi dan tiket taman tema percuma turut disumbangkan. Sumbangan makanan dan minuman turut diedar di beberapa lokasi petugas media berkumpul.

  • Lagi berita berkaitan desas-desus pakatan baharu
  • Disiarkan pada: February 27, 2020 @ 3:15pm
    d