arena

Coutinho selamat jalani pembedahan

Oleh AFP

PEMAIN tengah Bayern Munich, Philippe Coutinho selamat menjalani pembedahan buku lali kanan dan akan berehat dua minggu, menurut jurucakap kelab.

Pemain antarabangsa Brazil itu yang dipinjamkan dari Barcelona menjaringkan lapan gol dalam 22 aksi Bundesliga bersama Bayern musim ini.

"Philippe Coutinho menjalani pembedahan buku lali kanan untuk mengeluarkan serpihan sendi longgar," kata kelab dalam kenyataan awal pagi tadi.

"Pembedahan berjalan lancar dan berjaya. Pemain Brazil itu akan memulakan proses pemulihan untuk tempoh 14 hari."

Pemain tengah Perancis, Corentin Tolisso turut selamat dibedah buku lali awal minggu ini dan akan terlepas aksi liga yang dijangka bersambung pada 9 Mei.

Bundesliga bersiap sedia kembali membuka tirai bulan depan dalam saingan tanpa penonton susulan wabak koronavirus tetapi perlu menunggu keputusan akhir kerajaan Jerman.

Disiarkan pada: April 25, 2020 @ 9:06am
d