mutakhir

Maut dihempap tangki septik

Oleh Norsyazwani Nasri

SEORANG lelaki warga Indonesia maut dihempap tangki septik di Kem Pembinaan Kabel Sesco Mapai di Kanowit, malam tadi.

Agus Setiawan, 19, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 7.22 malam.

"Ketika kejadian pemandu jengkaut sedang memindahkan tangki air ke dalam lori.

"Tiba-tiba tangki itu jatuh lalu menghempap mangsa yang yang turut melakukan kerja meminda tangki itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, beberapa pekerja cuba mengeluarkan mangsa namun dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Disiarkan pada: May 1, 2020 @ 10:08am
d