mutakhir

Saring sebelum naik bas [METROTV]

Oleh Shamran Sarahan

INDIVIDU yang menaiki bas ekspres akan disaring terlebih dahulu dan membuat pendaftaran melalui aplikasi khas untuk pemantauan selepas sektor pengangkutan itu dibenarkan beroperasi penuh.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia bagi mengesan siapa penumpang yang duduk di sebelahnya.

Menurutnya, kaedah itu juga diguna pakai sama seperti menaiki kapal terbang tetapi tidak ada kesesakan dalam bas.

"Saringan yang sudah dijalankan dan nama didaftar membolehkan kita mengesan siapa yang duduk di sebelah, depan dan belakang mereka.

"Tetapi yang kita bimbang jika mereka bersesak apabila terlalu ramai duduk dalam bas dengan kapasiti melebihi dari yang duduk dan itu barulah kita bimbang," pada sidang media harian Covid-19, di Putrajaya, hari ini.

Dalam masa sama, Dr Noor Hisham berkata, Malaysia boleh mengumumkan bebas dari jangkitan Covid-19 sekiranya tidak ada kes direkod dalam tempoh 28 hari.

"Kita akan umumkan satu kluster itu bebas Covid-19 selepas pemantauan dalam tempoh 28 hari mendapati tiada kes baharu.

"Itulah penanda aras kita," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: June 11, 2020 @ 6:36pm
    d