mutakhir

Gelandangan warga asing dihantar pulang

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

SELEPAS lebih tiga bulan ditempatkan di Dewan Serbaguna Alam Damai, kelompok akhir gelandangan warga asing diserahkan kepada Imigresen untuk dihantar pulang.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, seramai 22 warga asing dari dewan terbabit dihantar ke pejabat Imigresen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurutnya, mereka ini berada di dewan itu sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula selepas diselamatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Mereka yang dihantar hari ini adalah kelompok akhir.

"Pihak Imigresen akan menguruskan mereka ini untuk dihantar pulang ke negara masing-masing selepas negatif Covid-19," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini gelandangan yang berada di kawasan ibu kota diselamatkan DBKL ketika pandemik Covid-19 meningkat di negara ini.

Disiarkan pada: July 3, 2020 @ 8:28pm
d