mutakhir

Kontraktor maut motosikal ditunggang langgar penghadang jalan

Oleh Mohd Roji Kawi

SEORANG kontraktor maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 13, Jalan Sri Aman-Sarikei, jam 10.15 malam tadi.

Melvin Randy Judy, 30, dari Rumah Panjang Meluda, Kampung Ibol Baru, Undup di sini, disahkan mati di lokasi akibat parah di kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari arah Sri Aman menghala ke Sarikei.

"Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar penghadang jalan.

"Mangsa yang parah di kepala disahkan mati di lokasi oleh anggota perubatan Hospital Sri Aman," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Disiarkan pada: August 7, 2020 @ 4:51pm
d