mutakhir

Tiada keperluan laksana TEMCO di Pulau Pinang

Oleh Nur Izzati Mohamad

KERAJAAN Pulau Pinang berpendapat tiada keperluan negeri itu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPD) Bersasar Secara Pentadbiran (TEMCO) seperti di Kedah dan Perlis pada masa ini.

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata, walaupun terdapat peningkatan kes baharu Covid-19, namun ia masih terkawal.

"Setakat ini, kerajaan negeri belum sampai ke tahap untuk melaksanakan TEMCO, apa-apa pun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan memaklumkan kita jika adanya keperluan melaksanakannya.

"Kerajaan negeri menyeru semua rakyat Pulau Pinang supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerana kita tidak mampu untuk menghadapi gelombang kedua mahupun ketiga Covid-19 yang boleh menjejaskan ekonomi dengan lebih parah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri susulan pertambahan kes Covid-19 selepas pelancaran program Kebun Vanilla Pintar Pertama Malaysia di Permatang Pauh Agropark di sini, hari ini.

Pulau Pinang merekodkan 125 kes Covid-19 yang mana 120 kes sembuh, satu kematian dan empat kes yang masih aktif.

Empat kes yang masih aktif terdiri daripada satu kes di Seberang Perai Selatan dan tiga kes di Seberang Perai Tengah.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  • Disiarkan pada: August 15, 2020 @ 3:19pm
    d