arena

'Pasukan terbaik juga tewas'

Oleh AFP

PERTAHANAN Manchester United, Harry Maguire menegaskan "pasukan terbaik juga tewas" selepas gergasi bola sepak England itu tunduk 1-2 kepada Sevilla pada separuh akhir Liga Europa pagi ini.

"Pemain nyata kecewa. Kami mencipta banyak peluang. Pasukan terbaik juga tewas. Mereka menghukum kami kerana tidak mengambil peluang.

"Secara jujur mereka tidak mencipta banyak peluang," kata Maguire kepada stesen penyiaran BT Sport.

Penalti awal disempurnakan Bruno Fernandes dinafikan menerusi jaringan penyamaan Suso untuk juara lima kali, Sevilla.

Namun United mempersia-siakan hampir semua peluang terbaik selepas rehat ketika Bono menyelamatkan banyak cubaan sehingga pemain gantian Luuk De Jong menyempurnakan hantaran lintang Jesus Navas 12 minit sebelum tamat.

"Kami bekerja keras dan berhak menang serta mara. Kami gagal pada separuh akhir tiga kali tahun ini," tambah Maguire.

"Kekalahan yang tidak boleh diterima. Mara ke separuh akhir tidak boleh diterima. Kami perlu membawanya ke tahap seterusnya."

Kekalahan bermakna United kini tanpa trofi dalam tiga musim.

Disiarkan pada: August 17, 2020 @ 8:01am
d