mutakhir

Milik siapakah anak ini?

Oleh Muhaamad Hafis Nawawi

POLIS mengesan waris kanak-kanak lelaki berusia antara empat ke lima tahun yang dijumpai berkeliaran di kawasan kedai Taman Putra, Ampang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, usaha mengesan keluarga gagal kerana kanak-kanak itu tidak dapat bercakap dengan sempurna dan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk tindakan selanjutnya.

"Orang ramai yang mengenali kanak-kanak ini atau mempunyai sebarang maklumat boleh berhubung dengan balai berdekatan atau menghubungi balai Polis pandan indah di talian 03-9274 2222," katanya.

Disiarkan pada: August 17, 2020 @ 8:06pm
d