mutakhir

Bomba selamatkan pendaki wanita disengat tebuan

Oleh Rosman Shamsudin

AKIBAT disengat tebuan, seorang wanita yang melakukan pendakian terpaksa diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat kira-kita satu kilometer dari Teratak River View, Ulu Bernam, dekat Tanjung Malim, petang hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dalam kenyataannya, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 6 petang.

Katanya, susulan itu, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dan BBP Kuala Kubu Bharu, Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Seorang wanita yang berusia 33 tahun disengat tebuan ketika melakukan pendakian di kawasan terbabit.

"Pasukan Bomba dan Penyelamat menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk mengeluarkan mangsa dari tempat kejadian," katanya, hari ini.

Mangsa dihantar ke Hospital Slim River untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat 7.57 malam.

Disiarkan pada: August 20, 2020 @ 10:40pm
d