arena

Hamilton juara GP Belgium

Oleh AFP

LEWIS Hamilton yang bermula di petak depan mendahului setiap pusingan perlumbaan di Grand Prix Belgium ketika dia mengesahkan kemenangan keempat dalam lima perlumbaan terakhir musim ini.

Rakan sepasukan Hamilton di Mercedes, Valtteri Bottas di tempat kedua ketinggalan 8.448 saat dan Max Verstappen dari Red Bull di tempat ketiga.

Ketiga-tiga pelumba teratas bersaing menguasai kedudukan pendahulu sepanjang perlumbaan itu.

"Ia adalah perlumbaan yang paling mudah," kata Hamilton pendahulu kejuaraan perlumbaan itu.

Pasangan Renault, Daniel Ricciardo dan Esteban Ocon, berada di tempat keempat dan kelima.

Disiarkan pada: August 30, 2020 @ 11:57pm
d