mutakhir

Lelaki lemas terjatuh dalam kolam

Oleh Essa Abu Yamin

Batu Pahat: Seorang lelaki lemas selepas tergelincir ke dalam kolam di Parit Sameon, Kota Dalam, Ayer Hitam di sini, hari ini.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, kejadian jam 1.59 petang itu lelaki dikenali Maniaresan, 54, dipercayai terjatuh ketika mencampak saluran getah air ke dalam kolam untuk membekalkan air ke tanamannya.

Seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam dengan sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.

Katanya, anggota bomba mengambil masa dua jam mencari mangsa sebelum ditemukan di dasar kolam pada jarak hampir dua meter dari tebing.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

"Operasi mencari dan menyelamat kemudiannya ditamatkan pada jam 4.35 petang, katanya.

Disiarkan pada: October 3, 2020 @ 8:21pm
d