arena

Rins ungguli MotoGP Aragon

Oleh AFP

Alcañiz, Sepanyol: Alex Rins mengatasi cabaran sengit rakan sepasukan, Alex Marquez untuk muncul juara MotoGP Aragon hari ini dengan seorang lagi pelumba Sepanyol, Joan Mir di tangga ketiga sekaligus merampas kedudukan pendahulu daripada Fabio Quartararo.

Rins meraih kemenangan pertamanya di MotoGP dan pemenang kelapan daripada 10 perlumbaan musim ini.

Pelumba Perancis, Quartararo yang bermula di petak hadapan gagal mengekalkan momentum dan terkeluar daripada perlumbaan tanpa sebarang mata.

Disiarkan pada: October 18, 2020 @ 10:24pm
d