arena

Otaegui ungguli saingan di Fairmont St Andrews

Oleh AFP

St Andrews, United Kingdom: Adrian Otaegui dari Sepanyol berjaya merangkul gelaran Kejuaraan Scotland dengan peringkat akhir 63 yang luar biasa di Fairmont St Andrews, awal pagi ini.

Otaegui memulakan saingan dengan empat pukulan di belakang Matt Wallace namun dia melakukan 10 birdie untuk melangkau ke 23 di bawah par dan merangkul trofi dengan empat pukulan.

Dia menjadi pemain ketiga dari Sepanyol memenangi gelaran Jelajah Eropah di Scotland selepas Seve Ballesteros dan Rafa Cabrera Bello melakukannya hanya di seberang jalan dari Old Course yang terkenal itu.

"Saya berada dalam kalangan teman yang baik. Seve adalah antara pemain golf terbaik yang pernah saya lihat dan Rafa adalah rakan baik saya.

"Saya tahu dia memenangi Terbuka Scotland tiga tahun lalu dan saya berada dikalangan kelompok rakan-rakan yang baik," kata Otaegui.

"Saya rasa sangat gembira. Untuk berjaya menang di Scotland, terutamanya di sini di St Andrews, rumah kepada permainan golf, ia cukup bermakna buat saya."

Aaron Rai menamatkan saingan di tempat ketiga dua pukulan mengatasi pemain Inggeris, Chris Paisley dan Garrick Porteous.

Disiarkan pada: October 19, 2020 @ 11:51am
d