bisnes

Prudential lancar tiga dana pelaburan

Oleh Sri Ayu Kartika Amri

Kuala Lumpur: Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) melancarkan tiga dana berkaitan pelaburan, PRULink Equity Plus Fund, PRULink Global Strategic Fund dan PRULink Managed Plus Fund untuk pelan perlindungan berkaitan pelaburannya demi menarik minat pelabur sederhana dan juga agresif.

Ia membolehkan pemegang polisi melabur dalam pelbagai jenis dana berkaitan pelaburan berdasarkan pilihan risiko pelanggan sambil menginsuranskan kesihatan atau nyawa mereka.

Ketua Pegawai Pelaburan PAMB, Esther Ong berkata, PAMB memperkenalkan dana berkaitan pelaburan baharu ini bagi mencipta lebih banyak nilai buat pelanggan.

"Dana yang diuruskan oleh pengurus dana profesional ini akan memperuntukkan pelaburan pelanggan dalam pasaran yang lebih luas bagi meningkatkan potensi pulangan dan mempelbagaikan risiko pelaburan.

"Dengan memanfaatkan peluang pelaburan ini, pelanggan kami boleh mengatur kedudukan portfolio mereka untuk menikmati pertumbuhan jangka panjang," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Disiarkan pada: October 26, 2020 @ 8:14am
d