Bola Sepak

Aksi Ukraine, Switzerland dibatalkan

Oleh AFP

Kiev: Perlawanan Liga Negara-Negara UEFA membabitkan Ukraine menentang Switzerland pagi ini dibatalkan jelas Persatuan Bolasepak Ukraine selepas enam pemain mereka disahkan positif Covid-19.

Badan induk negara berkenaan itu berkata dalam satu kenyataan bahawa perlawanan itu tidak dapat diadakan selepas pihak berkuasa kesihatan Switzerland membuat keputusan untuk melakukan kuarantin ke atas keseluruhan skuad mereka.

Ukraine dijadualkan menentang Switzerland 3.45 pagi ini di Lucerne.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Disiarkan pada: November 18, 2020 @ 12:14am
    d