Permotoran

Grosjean terselamat dalam kemalangan ngeri

Oleh AFP

Manama: Romain Grosjean terselamat dalam kemalangan ngeri di pusingan pertama Grand Prix (GP) Bahrain sebentar tadi apabila jenteranya putus dua dan terbakar.

Pelumba Perancis dari pasukan Haas itu terbabas sebelum merempuh penghadang litar di selekoh ketiga, sehingga menyebabkan jenteranya meletup dan terputus dua.

Petugas litar di tempat kejadian membantu Grosjean untuk membawanya ke tempat selamat sebelum mereka cuba memadamkan kebakaran.

Grosjean yang dilihat menggeletar di bawa ke pit lane oleh kereta perubatan di Litar Sakhir.

Bendera merah terus dikibarkan dan pelumba lain kembali ke pit lane.

Disiarkan pada: November 29, 2020 @ 10:55pm
d