mutakhir

Pendakwah selebriti direman 5 hari [METROTV]

Oleh Hafidzul Hilmi Mohd Noor

Petaling Jaya: Pendakwah selebriti yang sebelum ini ditahan atas dakwaan merogol direman selama lima hari bermula hari ini.

Perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Petaling Jaya Siti Mazrah Mohamad bagi membantu siasatan berhubung laporan polis dibuat seorang guru mendakwa dirogol pendakwah terbabit.

Terdahulu, suspek yang dilihat memakai baju lokap berwarna ungu dan berseluar jingga tiba di hadapan pintu masuk mahkamah pada jam 10.30 pagi dengan diiringi dua anggota polis.

Suspek kemudian dibawa ke bilik reman di tingkat satu kompleks bangunan mahkamah.

Harian Metro sebelum ini melaporkan polis Petaling Jaya menerima dua laporan terhadap suspek dengan salah satu laporan atas dakwaan merogol manakala satu lagi atas dakwaan cabul dan seks luar tabii.

Berita berkaitan

  • Pendakwah selebriti direman lagi
  • Disiarkan pada: December 7, 2020 @ 2:37pm
    d