itmetro

YouTube alami gangguan akses sekali lagi

Oleh Muhamamd Saufi Hassan

Kuala Lumpur: Platform penstriman video terbesar, YouTube sekali lagi berdepan dengan masalah akses sebentar tadi.

Berdasarkan carian, masalah akses itu dialami oleh sebahagian besar pengguna di Asia.

Bagaimanapun,  pengguna masih boleh menonton video yang sedia diembed ke laman web lain. 

Pihak YouTube masih belum mengeluarkan sebarang komen berkaitan dengannya buat masa ini.

Minggu lalu, platform berkenaan turut mengalami gangguan akses dan berlarutan sehingga dua jam sebelum pulih.

Disiarkan pada: December 14, 2020 @ 9:08pm
d