mutakhir

Bukan pelik, ia ikan spesis 'Alligator Gar'

Oleh Amirul Aiman Hamsuddin

Sabak Bernam: Ikan memiliki kepala seakan buaya yang tersangkut pada pukat hanyut seorang nelayan di perairan daerah ini berhampiran Sungai Lang, di sini, kelmarin, dikenal pasti sebagai spesis Alligator Gar.

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor Abdul Rahman Abdul Wahab berkata, lelaki berusia 60-an itu mendapati ikan terbabit sudah mati sebelum mengeluarkannya daripada pukat.

Beliau berkata, nelayan terbabit tidak dapat mengenal pasti spesis ikan itu dan ia sudah dijual kepada individu warga Bangladesh.

"Siasatan lanjut mendapati ikan itu spesis Alligator Gar dan ia dilarang dilepaskan di mana-mana perairan.

"Kemungkinan ikan ini dilepaskan di kawasan sungai dan mengikut air hujan turun ke kawasan muara Sungai Lang," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Gambar ikan terbabit turut tular di laman sosial Facebook dan mendapat pelbagai reaksi warganet.

Disiarkan pada: December 15, 2020 @ 10:37pm
d