Bola Sepak

Alaba goreng pisang panas

Oleh Agensi

London: Manchester United sudahpun berhubung secara rasmi bersama ejen David Alaba bagi mendapatkan bintang Bayern Munich apabila kontraknya tamat.

Pemain berusia 28 tahun itu bebas untuk berbincang dengan mana-mana pasukan menjelang perpindahan musim panas pada Januari dan ia menarik minat beberapa kelab terkemuka Eropah.

Barcelona, Paris Saint-Germain, Chelsea, Real Madrid, Manchester City dan United dikaitkan dengan Alaba yang menghabiskan masa 12 tahun bersama kelab gergasi Bundesliga itu.

Pemain antarabangsa Austria itu tetap menjadi pilihan buat Hansi Flick apabila hanya tidak diturunkan dua perlawanan Bundesliga namun dia dikhabarkan akan meninggalkan Allianz Arena dengan perpindahan percuma pada bulan Julai nanti.

"Bayern akan melakukan apa yang kami mampu untuk mencapai kata sepakat," kata ketua pegawai eksekutif kelab, Karl-Heinz Rummenigge.

"Kami banyak melakukan perbincangan tapi kami mahukan jawapan daripada dia pada akhir Oktober.

"Tapi itu tidak berlaku dan saya tidak pasti sama ada kami akan kembali berunding.

"Apa yang ingin saya jelaskan apa yang kami tawarkan menunjukkan betapa bernilainya dia tapi dia tidak menerimanya."

Rummenigge berkata: "Saya tidak tahu apa-apa mengenai khabar angin Real Madrid. Dia bebas untuk bercakap dengan sesiapa yang dia mahu 1 Januari ini."

Disiarkan pada: December 22, 2020 @ 12:42pm
d